Friday, July 1, 2011

~ UPM Juara Masum ~

Hello semua...
Well, sapa2 yg menuntut @ lepasan universiti tu mesti tau apa tu Masum kan...
Kali ni juaranya adalah UPM!

Daripada 19 acara yang dipertandingkan bermula 18 Jun lalu pada Fasa 1, kontinjen tuan rumah itu muncul juara dalam acara badminton lelaki dan wanita, bola tampar wanita, tenpin boling lelaki dan wanita, hoki, olahraga serta skuasy wanita.Bagi Fasa II pula yang bermula 25 Jun lalu, UPM unggul dalam acara bola keranjang wanita, karate dan memanah lelaki. Kejayaan tersebut menyaksikan UPM mengumpul 72 pingat emas, 29 perak dan 30 gangsa.



Berada jauh di kedudukan kedua dengan jumlah pungutan 46 emas, 47 perak dan 39 gangsa ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM), manakala Universiti Malaya (UM) pula berada di tangga ketiga dengan 19 emas, 30 perak dan 24 gangsa. 

Majlis penutup Karnival Sukan Masum itu semalam dirasmikan oleh Naib Canselor UPM, Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi di Panggung Percubaan, Dewan Besar UPM, Serdang.

Karnival Sukan Masum 2011 disertai 4,477 atlet dari 20 IPTA seluruh Malaysia.Selaku tuan rumah, UPM mempertandingkan 12 acara pada Fasa 1 (18 hingga 24 Jun), manakala tujuh lagi acara berlangsung pada Fasa II (25 hingga 30 Jun).

Wah, cam best kan...
Jumpa di masum tahun depan...
Bye!!!

4 comments:

arina ahmad said...

uitm dah 7x jadi juara masum. nampaknya kali ni takda rezeki. tapi ok la tu uitm dapat no 2. hhihih. thanks fer the info

'mitchie' yusoff said...

wah..btol ke 7 kali!!!!
welcome!

ca_sha La Vida's said...

xpe...next year UPNM perform......me pown juin MASUM gak...=))

'mitchie' yusoff said...

insyaAllah...sapa2 leh jadi juara lau work hard!
gud luck!