Tuesday, July 5, 2011

~ Ambiga Sedia Batalkan Bersih 2.0 ~

Hello semua..
Good news to the all Malaysian!!!


Penganjur perhimpunan haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sedia membatalkan perhimpunan yang dijadualkan Sabtu ini, jika Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan demikian. Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenavasan, berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat bersama Ahli Jawatan Kuasa (AJK) BERSIH selepas titah Seri Paduka disiarkan media, malam kelmarin.


“BERSIH menjunjung penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong atas sokongan Seri Paduka berhubung aspirasi rakyat melakukan pembaharuan sistem pilihan raya.
“BERSIH akan patuh dengan nasihat Seri Paduka supaya diadakan perundingan, ke arah mewujudkan satu konsensus nasional bagi reformasi sistem pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi di Malaysia,” katanya pada sidang media di pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor di sini, semalam.
Ambiga bagaimanapun, enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada perhimpunan itu secara rasmi dibatalkan berikutan titah Seri Paduka bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik. 


Sebelum itu, beliau mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung isu mengadakan perhimpunan haram Sabtu ini.
Diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bersedia membenarkan perhimpunan BERSIH jika diadakan di stadium, beliau berkata, ia akan dibincangkan kemudian.

 


Hopefully, negara kita akan sentiasa aman & damai...
Bye!!

2 comments:

Firdaus Life said...

fuh fuh buat di stadium

Unknown said...

haa..okey gak tu wat stadium,
mcm tngok bola..ramai2,,,