Hello semua...
Puasa x hari ni... lau x puasa x leh raya, haha
Ni haa cite pasal span dlm perut...cube baca...
Seorang wanita Australia yang hidup lebih 15 tahun dengan span sebesar saiz buah limau gedang yang dijahit di dalam tubuhnya selepas menjalani pembedahan di perut akan menyaman doktor terbabit atas kecuaian, lapor akhbar, semalam.
Helen O’Hagan mendakwa span itu ditinggalkan dalam perutnya oleh pakar bedah, Samuel Sakker ketika rawatan kolektomi pada 1992, menurut laporan Sydney Morning Herald.
Helen mengalami kekejangan, demam dan hilang kawalan perkumuhan tetapi menyangka ia disebabkan oleh masalah kesihatan apabila kerap dimasukkan ke hospital, dan tidak mengetahui mengenai kewujudan span itu hingga Oktober 2007 lalu selepas melakukan x-ray.
Kes itu akan dibawa ke mahkamah minggu ini.
Wah... dahsyat tu...
Apa2 pon jgnlah cuai ok..
Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment