Friday, June 24, 2011

~ Siapakah Maharaja Lawak ??? ~

Hello semua..
Haaa...malam ni semua tahu kan ada apa..
Finale Maharaja Lawak lah...



SIAPA yang bakal bergelar juara sulung Maharaja Lawak dan membawa pulang hadiah wang tunai RM300,000? Persoalan itu akan terjawab malam ini. So, kena ar tengok malam ni.



Berdasarkan undian yang diterima pada semua 11 minggu terdahulu, kumpulan Jozan yang dibarisi Johan dan Zizan dijangka memiliki kelebihan untuk bergelar juara. Jozan sering menerima undian tertinggi termasuklah pada pusingan separuh akhir di Stadium Tertutup Bandaraya Johor Bahru minggu lepas. Finalis Raja Lawak musim pertama itu menerima 61 markah menandingi empat lagi pesaingnya iaitu Sepah (56), Nabil (55), Jambu (49) dan R2 (35).



Begitupun, kehebatan Sepah yang begitu konsisten dalam setiap persembahan juga tidak boleh diperkecilkan. Gandingan Mamat, Shuib dan Jep dilihat begitu mantap sehingga sering dilabel sebagai ‘Bujang Lapok Moden’ oleh juri tetap, Saiful Apek.Beraksi di hadapan penyokong sendiri di Johor lalu, Sepah menerima tepukan paling gemuruh terutama pada persembahan kedua dengan dibantu artis jemputan, Yasin Senario.


Sementara itu, seorang lagi finalis, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil turut mempunyai peluang untuk bergelar juara. Satu-satunya peserta solo yang beraksi pada peringkat akhir, Nabil masih mampu untuk memberikan persembahan menarik sama seperti peserta berkumpulan lain.Pada peringkat separuh akhir, Nabil menerima komen positif daripada juri tetap, Ahmad Idham yang menganggap ia sebagai persembahan terbaik Nabil sepanjang 11 minggu penyiaran Maharaja Lawak.

Haa..nilah pilihan MC utk mlm ni...
Rasanya Jozan boleh menang x??? 
Haaa... apa2 pun tngok je ar mlm ni ok..
Jangan lupa...
Bye!!!


No comments: