Tuesday, June 21, 2011

~ Putus Jari : Pelajar Dapat RM 27 500.00 ~

Hello semua...
Perghh... entry kali ni dahsyat sikit...
Ni nak habaq sikit pasai apa...tibe2 je ckp utara... 
Haha..ckp utara ar sbb ni kisah org utara...






Mahkamah Sesyen Alor Setar memerintahkan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM27,500 terhadap seorang pelajar tingkatan tiga di atas kecuaian anggota jabatan itu menjalankan tugas sehingga menyebabkan sebahagian jari telunjuk kiri remaja itu yang terputus gagal disambung semula, empat tahun lalu. 
Tu dia... smpai gtu skali...



Mengikut fakta kes, pada 2 November 2007 plaintif mengalami kecederaan apabila sebahagian jari telunjuk kirinya terputus ketika dia memotong kelapa menggunakan parang di rumahnya di Kampung Batu Menunggul, Air Putih, dekat Pendang.
Plaintif kemudian dibawa ibunya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, bersama-sama dengan sebahagian jari telunjuk yang terputus itu yang diletakkan dalam plastik berisi ais bertujuan untuk disambungkan semula. 



Namun, bekas plastik berkenaan yang diberikan kepada seorang anggota JPAM yang bertugas di unit kecemasan HSB yang kemudian bertindak membuang sebahagian jari itu ke dalam mangkuk tandas menyebabkan doktor gagal menyambung semula jari berkenaan. 

Haish...macam2 kan...tp bnyak sngat ar pampasan tu..
Emm...nak wat camne kan...terima je ar...
So, jagalah jari anda!!!
Bye!!!

2 comments:

bksempoi said...

itu baru jari telunjuk,

FAKTA: ibu jari lebih mahal insurannya...

'mitchie' yusoff said...

haha..betol tu..
so, sayangilah lah jari anda..