Wednesday, June 29, 2011

~ Wardina Nafi Sertai Perhimpunan Bersih ~

Hello semua....
Skrang ni semua sibuk memperkatakan pasal BERSIH...
Ni yg terbaru...


Wardina Safiyyah menafikan tuduhan beberapa penulis laman blog bahawa beliau menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dan akan bertanding pada pilihan raya umum nanti di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau berkata, segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya berkaitan gambarnya bersama beberapa pemimpin PKR, termasuk Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali adalah tidak benar dan merosakkan reputasinya sebagai artis. 


Wardina berkata, beliau tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya artikel yang tersiar termasuk gambar lamanya yang tidak berhijab tidak dikeluarkan daripada blog berkenaan secepat mungkin. 


Beliau bimbang tindakan beberapa blogger terbabit yang cuba mengaitkan cerita lama keluarganya dengan gambar beliau duduk bersama pemimpin PKR di sebuah gerai makan.
Wardina mengakui menghadiri Karnival Mesra Rakyat di Kelana Jaya anjuran Kerajaan Selangor, namun beliau menafikan sama sekali bahawa kehadirannya adalah berunsurkan politik.

No comments: