Hello guys!!!
Sedar atau tidak, sudah 2 tahun MJ meninggalkan kita...
Dua tahun selepas kematiannya, waris Michael Jackson dilaporkan berdepan dengan risiko diabaikan apabila penjaga utama mereka yang juga kakak ipar Raja Pop itu dihalau dari rumah April lalu.Menurut Alejandra Jackson, selepas dia meninggalkan rumah menempatkan anak Michael - Prince, 14; Paris, 13; dan Blanket, 9 - kebajikan ketiga-tiga mereka terletak di tangan ibu Raja Pop terbabit, Katherine, dan pengasuh serta pengawal peribadi.
Prince
Paris
Blanket
Katanya, dia bimbang kesihatan Katherine yang kini berusia lanjut (81 tahun).Katherine memang menggaji pengasuh dan pengawal peribadi untuk membantunya, tetapi mereka perlukan lebih daripada itu.“Anak-anak Michael perlukan kasih sayang. Ada perbezaan di antara pengasuh dan keluarga sendiri,” katanya.
Alejandra, 41, tinggal bersama keluarga selebriti Jackson di Encino, California, selama dua dekad.Apabila Michael mati akibat pengambilan ubat berlebihan dua tahun lalu, Alejandra dilaporkan menjadi watak penting kepada Prince, Paris dan Blanket.
Well, hope there will be good things happen to them...
As they were living in this world, may the force with them...
Bye!!!
No comments:
Post a Comment