Wednesday, June 22, 2011

~ Izinkan kembar saya mati ~

Hello semua...
Arini bnyak pulak terbaca cerita sedih..
MC nak share 1 cerita ni..kali ni dari Patna, India.


Kisah menyayat hati pasangan kembar siam Saba dan Farah, 10.
Disebabkan percantuman pada tengkorak anaknya, Saba dan Farah mengalami sakit kepala melampau, selain kesakitan pada sendi.
Pasangan itu juga sukar bertutur apabila usia semakin meningkat.
 Kesakitan yang dialami  berpanjangan, hilang berat badan dan tekanan darah tinggi antara masalah dihadapi Saba dan Farah.

Bapa pasangan kembar siam itu Mohammed Shakeel - seorang pekerja gerai teh di Patna, Bihar - hanya memperoleh pendapatan bulanan kira-kira RM320 bagi membiayai keperluan keluarganya seramai lapan orang  merayu dihulurkan bantuan atau membiarkan saja mereka mati kerana dia tidak sanggup lagi melihat mereka menderita.

Mohammed diberitahu, untuk memisahkan mereka, pakar perlu mengadakan enam pembedahan berasingan dengan kemungkinan besar seorang daripadanya akan meninggal dunia.Justeru, Mohammed memutuskan untuk tidak menerima tawaran kewangan Sheikh Mohammed bagi membiayai pembedahan berkenaan.Ketika ini, kesihatan Saba dan Farah semakin merosot sehingga memaksa bapa mereka merayu kepada kerajaan supaya budak terbabit dibenarkan mati.Katanya, penderitaan anak kembarnya itu perlu ditamatkan kecuali ada pihak tampil memberikan dana merawat mereka.
Abang kembar terbabit, Tamana Ahmad, berkata Saba dan Farah sentiasa dalam kesakitan apabila berjaga - sekurang-kurangnya 15 jam sehari.
 
Emm...sedih kan kisah mereka.
Rasa cam nak bntu tp apa kan daya...
Berdoa je ar...
Bye!!!

2 comments:

Aziah Razak said...

Kesiannya. :(
Semoga ada pihak yang tampil memberikan bantuan kat mereka.

Unknown said...

emmm...kesian sngt baca kisah ni...
semoga mereka tabah...