Hello semua...
MC sedih bila baca kisah ni...
Cuba baca...
Seorang ibu disyaki membakar bayinya berusia dua bulan yang cacat teruk. Suceli Ardon didakwa meletakkan anaknya dalam plastik sampah sebelum menyimbah petrol dan membakarnya hidup-hidup.
Wanita berusia 26 tahun itu mendakwa, anak perempuannya itu sudah mati akibat memakan terlalu banyak ubat penahan sakit.Namun, bedah siasat peringkat awal menunjukkan bayi itu masih hidup ketika dia dibakar selepas asap dikesan dalam paru-parunya.
Suceli, ibu tiga anak, ditangkap selepas seorang wanita yang berjalan bersama anjingnya menemui mayat bayinya, Brandy, yang sudah rentung, Mac lalu.Bayi berkenaan menghidap sindrom Wolf-Hirschhorn, menyebabkan dia cacat teruk.
Sucile sepatutnya memberi morfin kepada bayi berkenaan untuk melegakan kesakitannya.Polis berjaya mengenal pasti Brandi menerusi alat pembedahan di perutnya yang digunakan sebagai tiub untuk memasukkan makanan. Apabila disoalsiasat, Sucile mengaku membakar anaknya selepas mendakwa bayi itu sudah mati akibat terlalu banyak diberikan morfin.
Suceli Ardon
Emmm..ape nak jadi ngn dunia skarang...
Semoga kita dijauhi dgn perkara sebegini...
Bye!!!
4 comments:
sgt teruk...cian kat baby 2
emmm...dunia sekarang bertambah kejam!!!
ya Allah kejam giler ahh... xtau nk cakap ape... baby tue buat mcm anak haiwan jerr...
emmm...mgkin sebab tekanan kot..
Post a Comment