Friday, June 24, 2011

~ Biasiswa Pra-U Dihentikan ~

Hello semua !!!
Kali ni serius punya entry..
Haahaha.. yelah, ni melibatkan masa depan kan...

Mulai tahun depan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lagi diberikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian peringkat prauniversiti, termasuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), program asasi dan matrikulasi serta A-Level. 

Sebaliknya, mereka hanya ditawarkan bantuan kewangan atau dermasiswa daripada kerajaan, manakala biasiswa JPA dikhaskan kepada pelajar pra universiti yang cemerlang dan mendapat tempat di universiti terkemuka.



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata semakan semula dasar sedia ada perlu kerana kerajaan mendapati pemberian biasiswa pada peringkat SPM bukan idea yang sesuai kerana ia setaraf O-Level. Beliau berkata ini kerana pelajar yang cemerlang pada peringkat SPM tidak bermakna akan cemerlang apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat pra universiti.
Kajian semula menyeluruh dasar itu dibuat berikutan pelbagai rungutan berhubung pengagihan biasiswa JPA apabila ada pelajar cemerlang tidak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian di luar negara sehingga timbul dakwaan wujud pilih kasih dan salah guna kuasa.
Mengulas lanjut, Najib berkata dasar baru itu juga akan mengambil kira keperluan penghantaran pelajar cemerlang ke luar negara bagi mengelak kedudukan universiti tempatan dalam senarai universiti terbaik dunia terjejas.
Katanya, walaupun kerajaan memutuskan untuk memberikan biasiswa kepada semua pelajar yang memperoleh 8A+, tidak semua pelajar dianugerah biasiswa untuk mengikuti pengajian di luar negara.

Emmm.. ada betul jgak kan semua ni..
Well, apa2 pun kita terima je ar kan..
Bye!!!
 

5 comments:

Kak Mahh said...

Semua kena tanggung sendiri.

Unknown said...

so kena pandai2 lah berjimat...

Rezz Fukumoto said...

kena la keje lepas nie...kan.zzzzz

Unknown said...

of kos ar!!! Kalau nak hidup...

Fuzzy said...

weee~!!!
cik fuzzy dtg singgah blog kamu :P
dpt link dr segmen ni lah..
dah follow kamu jugak :P
jum skodeng sini :)
p/s: terima kasih juta2 lemon sapa2 yg dah singgah + follow blog sy :P