Monday, June 27, 2011

~ Jom Makan Pisang ~

Hello semua...
Entry kali ni MC nak ajak korang semua mkn pisang!!!
Haaa.. kenapa pisang??? Emmm, kalau nak tahu pisang ni ada bnyak kelebihan dan khasiat tau...





Kalau nak tahu, pisang sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.




Berdasarkan kajian makmal, menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus. Pisang juga bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.


Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit. Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.

Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.
 Penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.

Di samping itu, ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk. Mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.



Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu. 
Haa... menarik x ???
Apa lagi...makanlah pisang tau~ 
Bye!!!

4 comments:

hazaikazulkafli said...

terbaek.gua hantu pisang.hahaha

Unknown said...

hahaha..hantu pisang plak..
xpe2 janji mkn pisang...

fatIn nanAd said...

pisang ! nyum2~ heeee

jop carik duit kat sini http://nadiakiran.blogspot.com/2011/06/sebulan-rm150-sudah-pasti.html :) tanpa modal tau

Unknown said...

huhu..sedap kan...